Galeri


Jamuan Pra-Ramadan
Alhamdulillah hari ini Team Abah Cukai mengadakan Pre-Ramadan Potluck bersama Team Abah Cukai.
Pelbagai menu terhidang bagi meraikan Ramadan yang bakal tiba.
Terima kasih semua yang terlibat. Makanan sedap-sedap, suasana pun baik. Semoga dipermudahkan urusan kita sepanjang Ramadan nanti.


Seminar Pengurusan Cukai
Alhamdulillah selesai satu lagi Seminar Pengurusan Cukai Bersama Ejen-ejen Mamasab (Eyfaarifin Millionaire Centre)
Seminar ini akan berkongsi pendedahan penting berkaitan asas pengurusan cukai, pendedahan kepada perkara penting dalam pengurusan cukai yang membantu ejen lebih bersedia dan tersusun.
Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua ejen-ejen.

Alhamdulillah…
Hari ini, mendapat kunjungan hormat dari wakil Pusat Pungutan Zakat Kuala Lumpur, Encik Solihin Zakaria
Pertemuan yang singkat tetapi sarat dengan perancangan zakat dan percukaian bagi tahun 2026.
Abah Cukai juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Solihin di atas penyerahan Watikah Pelantikan Ejen Zakat PPZKL. Satu inisiatif baik dari pihak PPZKL bagi memangkin semangat para ejen untuk terus berbakti demi agama Islam tercinta.






Team Event
Majlis harijadi staff dan majlis farewell yang diadakan bersama seluruh team Abah Cukai. Program bermula dengan sesi makan bersama.
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada HR, perkongsian ucapan ringkas daripada rakan intern, serta sesi ucapan farewell sebagai tanda penghargaan atas kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan.
Sebelum berakhir, team Abah Cukai turut meluangkan masa dengan aktiviti pickleball santai sebagai penutup majlis, sebelum semua kembali ke ofis untuk menyambung tugasan harian.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Sharing Session REN & Cukai
Syabas diucapkan kepada 100 peserta REN yang menyertai sesi perkongsian online bersama Abah Cukai!
Semoga ilmu yang dikongsikan hari ini terus memberi manfaat dan membuka ruang kejayaan baru. ![]()
“Ilmu yang diamalkan akan menjadi rezeki yang berpanjangan.”



Team event : Part 7
Destinasi team event kita kali ni Jakarta 🤩
Bukan main excited semua orang, siap ada yang packing seminggu awal! Sepanjang trip memang tak kering gusi, ada je lawak keluar. Tapi dalam pada tu, tetap sempat belajar benda baru dan kenal kawan-kawan sekerja dengan lebih rapat.
Jakarta kali ni bukan sekadar trip, tapi kenangan yang akan kita ingat selamanya! ✈️
#AbahCukaiOnTour #Jakarta2025 #TeamAbahCukai”



Interview Academic Purposes By Kolej Profesional MARA
Sesi temuramah secara atas talian dan perkongsian ilmu serta kisah pengalaman bersama para pelajar dari Kolej Profesional MARA, Beranang.
Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat melahirkan lebih ramai golongan profesional demi kemajuan negara pada masa akan datang.



Client Meeting
Sesi perbincangan bersama klien secara atas talian. Abah Cukai sentiasa berikan yang terbaik untuk para pelanggan walau dimana jua anda berada.




Hari Riadah Team Abah Cukai
Selepas berhempas pulas melalui peak period, hari ini Team Abah Cukai berpeluang untuk recharge tenaga semula dan mengeratkan ukhuwah.

Peak Period
Alhamdulillah.
Saban tahun, cabarannya semakin meningkat, tetapi dengan pasukan yang hebat sebegini, semuanya tampak mudah.
Untuk tahun 2025 ini, mereka gigih berusaha memberikan khidmat terbaik kepada semua pelanggan sejak bulan Januari lagi. Pelbagai pelanggan dari industri yang berbeza-beza, berjaya mereka tangani dengan layanan percukaian yang tepat.
Semoga ukhuwwah Tax Team Abah Cukai ini kekal selama-lamanya.
INGAT CUKAI, INGAT ABAH CUKAI!!!

Sponsorship Announcement
We are proud to announce @abah.cukai as one of our Silver Sponsors for Karnival Sukan Ansara 2025 (KSA25).
As a licensed tax agent with experience in tax compliance and advisory, Abah Cukai is recognised for delivering professional and reliable services in the field of taxation. Their support reflects a commitment to excellence and meaningful community engagement.
We appreciate their contribution and are pleased to have Abah Cukai as part of the KSA25 journey





Taklimat Ejen Zakat
Sekitar perjalanan Bengkel Latihan Sistem e-Ejen Kutipan Zakat anjuran PPZ-MAIWP yang diadakan pada 22/5/2025.
Bengkel yang berlangsung selama setengah hari ini adalah aktiviti tahunan wajib oleh pihak PPZ bagi memastikan semua pembantu amil yang dilantik, mematuhi segala prosedur ditetapkan. Bengkel yang sangat efektif.
Team Abah Cukai bersemangat untuk memberikan khidmat nasihat zakat kepada semua pelanggan dengan lebih efisien. Semoga sedikit sumbangan Team Abah Cukai kepada Rukun Islam Keempat ini, dapat meningkatkan ekonomi Islam secara amnya.




Team event : Part 6
JAMUAN RAYA AIDILFITRI
Alhamdulillah, setelah seharian sibuk urus cukai, Team Abah Cukai akhirnya berkumpul meraikan kegembiraan Syawal di Mitasu—restoran Jepun kegemaran kami!, Kami ‘escape’ seketika daripada kelaziman ketupat, rendang, dan kuah kacang yang biasa menjadi juadah raya.
Walaupun sudah lali menjamah ketupat dan rendang tahun demi tahun, semangat Aidilfitri tetap membara dalam tiap gelak tawa dan ucapan “Maaf Zahir Batin” di meja makan.
Selamat Hari Raya! Semoga Syawal kali ini memberi kita semangat baru untuk terus cemerlang dalam setiap angka dan lembaran cukai. Jangan lupa, mood raya sentiasa on—tak kira di mana pun kita berada!

Selamat Hari Raya
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
Abah Cukai ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pelanggan yang dihargai
Terima kasih atas kepercayaan anda dalam memilih kami sebagai rakan percukaian dan perakaunan anda.
Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kegembiraan dan kejayaan berpanjangan kepada anda dan keluarga.
Ikhlas daripada kami, Team Abah Cukai ![]()
![]()


Team event : Part 5
Majlis Berbuka Puasa Bersama Team Abah Cukai
Majlis buka puasa tahun ini kami adakan di Nuansa Desa Alamritz Catering, Kelab Golf, Bukit Kiara.
Acara ini memang jadi tradisi kami setiap tahun. Bukan sekadar makan-makan, tapi peluang untuk bersama dan mengeratkan ukhuwah bersama.



Team event : Part 4
MAJLIS KHATAM QURAN
Majlis Khatam Quran Team Abah Cukai, satu detik penuh keberkatan dan kesyukuran. Semoga segala amal ibadah kita diterima dan diberkati. Alhamdulillah!




Team Event: Part 3
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK
Marhaban ya Ramadan! Semoga bulan yang penuh berkah ini membawa kedamaian, kebahagiaan, dan kesucian dalam hidup kita semua
INGAT CUKAI, INGAT ABAH CUKAI!!!




Team Event: Part 2
Alhamdulillah, selesai sudah program 2 hari, ABAH CUKAI: INDOOR ARCHERY TOURNAMENT 2025.
Ada yang sikit lagi nak jadi Top 3. Ada yang cipta rekod, anak panah tercacak hampir ke siling studio. Tak kurang juga yang hebat sampai dapat markah 10 dan X berderet-deret.
Apapun, tahniah buat para pemenang. Bagi yang tewas, cuba lagi. Yang pastinya, semua dapat hadiah. Anak-anak pun gembira dapat bermain dan bermesra bersama-sama. InsyaAllah, kita jadikan pertandingan ini sebagai program tahunan.
Terima kasih buat Archers Studio Kuala Lumpur atas semua fasiliti yang disediakan, termasuk para jurulatih yang terlibat. Sangat-sangat memuaskan.
Akhir kata, bertemu semula pada program akan datang. Terima kasih kepada semua staf dan keluarga. Anda semua terbaik!!!
INGAT CUKAI, INGAT ABAH CUKAI!!!



Team event : Part 1
Seperti biasa, tradisi Abah Cukai yang tak pernah lekang iaitu makan-makan sempena hari jadi staff. Next turn siapa pula




Seminar Business Cash Flow Strategic by MyCashFlow
Permulaan yang baik bagi tahun 2025 untuk Team Abah Cukai. Kali ini, dijemput oleh Team MyCashFlow sebagai salah seorang penceramah utama, untuk berkongsi tips percukaian di Seminar Business Cashflow Strategy yang dihadiri hampir 100 orang usahawan (pemilik tunggal dan pengarah syarikat). Seminar diadakan di Dewan Ballroom, Hotel Courtyard Setia Alam by Marriott, sebuah hotel bertaraf 4 bintang.
Alhamdulillah, sesi ceramah berjalan sangat lancar dan bertalu-talu soalan percukaian dilontarkan. Di samping mencetuskan kesedaran tentang kewangan dan cukai, timbul rasa kagum, betapa para usahawan kita masih semangat menuntut ilmu walaupun ada antara mereka yang dah bergelar jutawan. Semoga perkongsian ilmu tadi memberi manfaat kepada para hadirin dan hadirat. Tak lupa juga, ucapan terima kasih kepada Tuan Khairi Aizat, selaku wakil Team MyCashFlow atas jemputan. InsyaAllah kita akan berjumpa pada sesi yang akan datang.



Sambutan Hari Jadi Team Abah Cukai kelahiran bulan 12
Sudah menjadi tradisi Abah Cukai akan menyambut hari jadi semua staff. Acara ini bukan sahaja sekadar meraikan tarikh lahir, tetapi juga sebagai satu tanda penghargaan kepada setiap ahli pasukan yang telah memberikan sumbangan yang tidak ternilai sepanjang tahun.
Sambutan ini juga mengingatkan kami bahawa di sebalik kesibukan kerja, kita perlu memberi ruang untuk meraikan momen-momen penting dalam kehidupan, terutama bersama rakan-rakan pasukan yang telah menjadi keluarga kedua. Abah Cukai sangat menghargai setiap detik yang diluangkan bersama, dan sambutan hari jadi ini adalah satu cara untuk mengucapkan terima kasih kepada semua ahli pasukan yang telah berkerjasama, memberikan komitmen, dan menjadikan Abah Cukai lebih berjaya dalam mencapai matlamat.


Team Abah Cukai bersedia “Peak Period” sehingga ke hari terakhir
Seiring dengan berlalunya waktu, Team Abah Cukai kini bersedia untuk menghadapi ‘Peak Period’ dalam dunia percukaian yang dijangka akan berlarutan sehingga ke hari terakhir tempoh penyerahan.
‘Peak Period’ adalah tempoh yang sangat sibuk di mana semua individu dan perniagaan perlu menyiapkan penyata cukai. Bagi kami, ini adalah waktu di mana komitmen, ketepatan, dan kerjasama antara ahli pasukan memainkan peranan yang sangat penting.

Abah Cukai bersama pemain Badminton Negara
Sama ada di atas gelanggang atau di belakang tabir, sokongan seperti ini amat penting dalam memastikan kesinambungan kejayaan sukan badminton negara.

Abah Cukai bersama Financial Faiz
Dalam satu pertemuan yang penuh makna, Abah Cukai bersama Financial Faiz berkongsi wawasan dan perancangan dalam memperkasakan bidang percukaian.

Abah Cukai bersama Haziq AF
Dalam satu pertemuan yang menarik, Abah Cukai bersama Haziq AF, seorang penyanyi dan bintang terkenal yang telah mencipta nama dalam industri hiburan Malaysia.
Pertemuan ini menunjukkan bahawa percukaian bukan hanya penting bagi mereka yang bekerja dalam sektor perniagaan atau korporat, tetapi juga bagi mereka dalam dunia seni.

Pelantikan sebagai wakil Amil Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP
Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP merupakan badan yang sangat penting dalam menguruskan kutipan zakat di Wilayah Persekutuan, dan lantikan ini memberi saya peluang untuk menyumbang kepada usaha mulia ini.
Ia juga memberi ruang untuk memperkukuhkan kerjasama antara pihak PPZ MAIWP dengan masyarakat, agar lebih ramai yang memahami kepentingan zakat serta bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.


Memenuhi jemputan jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran PPZ MAIWP
Berbesar hati memenuhi jemputan jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Jamuan yang diadakan ini bukan sahaja sebuah acara untuk meraikan kejayaan umat Islam menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan, tetapi juga sebagai platform untuk mengukuhkan silaturahim antara ahli komuniti dan pihak-pihak yang terlibat dalam usaha pengurusan zakat di Wilayah Persekutuan


Sesi rakaman video percukaian di Let’s Jom Studio
Saya berpeluang untuk hadir dalam sesi rakaman video percukaian yang diadakan di Let’s Jom Studio, satu platform yang berperanan penting dalam memberi pendedahan dan pendidikan mengenai isu-isu kewangan kepada masyarakat.
Sesi ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep percukaian dengan cara yang lebih mudah difahami, serta memberi pengetahuan berguna mengenai pengurusan kewangan yang betul, terutamanya berkaitan dengan tanggungjawab cukai yang perlu dipatuhi oleh setiap individu dan perniagaan.




Percutian 3 Hari 2 Malam di Hatyai Thailand bersama Team Abah Cukai
Sebagai sebuah pasukan yang berkomitmen tinggi dalam bidang percukaian, percutian ini memberi ruang kepada kami untuk meluangkan masa bersama-sama tanpa tekanan kerja. Kadang-kala, waktu luang seperti ini sangat penting untuk meredakan keletihan dan mengembalikan semangat dalam mencapai visi yang lebih besar.



Abah Cukai turut meraikan kemenangan KJ sempena Anugerah Penyampai Radio Popular di ABPBH
Baru-baru ini, Abah Cukai berpeluang untuk meraikan kemenangan KJ, yang telah dinobatkan sebagai Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Kemenangan ini merupakan satu pengiktirafan yang sangat bermakna, bukan hanya kepada KJ, tetapi juga kepada dunia penyiaran yang penuh cabaran. Abah Cukai turut merasa gembira kerana KJ telah berjaya meraih hati pendengar sepanjang kerjaya beliau.


600+
Pelanggan berpuas hati
250+
kes audit cukai selesai
100+
Kes siasatan dan
penyata modal selesai
20+
Dokumen
pindahan harga selesai
Pening Kepala Dengan Cukai?
Abah Cukai Ada Jalannya!
Berhadapan masalah dengan pematuhan cukai atau audit? Pasukan pakar kami sedia membantu anda mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Berpengalaman dan bertauliah, kami akan memastikan urusan cukai anda diuruskan dengan sempurna.

