Perkhidmatan
Perancangan kewangan yang strategik adalah kunci kepada kejayaan perniagaan. Kami membantu anda mengoptimumkan struktur kewangan dan meminimumkan cukai, untuk pertumbuhan perniagaan yang mampan.
Pematuhan Cukai
Membantu individu dan syarikat mematuhi keperluan cukai dengan menyediakan penyata cukai yang lengkap dan mematuhi undang-undang LHDN. Perkhidmatan ini memastikan anda mengelakkan penalti atau tindakan undang-undang akibat ketidakpatuhan.
Audit Cukai dan Siasatan Cukai
Menyediakan khidmat audit cukai bagi memastikan rekod kewangan anda selaras dengan undang-undang percukaian. Kami juga pakar dalam menangani siasatan cukai dengan menyediakan dokumentasi dan rundingan yang diperlukan.
Dokumen Pindahan Harga
Membantu syarikat multinasional menyediakan dokumentasi yang mematuhi keperluan LHDN berhubung transaksi antara syarikat bersekutu, sekaligus mengurangkan risiko audit atau penalti.
Pendaftaran dan Pematuhan Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST)
Menyediakan khidmat pendaftaran dan pematuhan SST kepada perniagaan yang tertakluk kepada cukai ini. Kami memastikan segala laporan dan pembayaran SST dibuat dengan tepat pada masanya.
Permohonan Pengecualian dan Insentif Cukai
Menguruskan permohonan pengecualian cukai seperti di bawah seksyen 44(6), taraf perintis, atau elaun pelaburan cukai, bagi membantu syarikat anda mengoptimumkan keuntungan.
Rundingan dan Rayuan Cukai
Menawarkan khidmat rundingan bagi isu percukaian kompleks termasuk rayuan cukai melalui Jabatan Resolusi Pertikaian. Kami memastikan isu anda diselesaikan dengan cara yang terbaik.
Khidmat Perakaunan
Menyediakan perkhidmatan perakaunan menyeluruh untuk individu dan perniagaan, termasuk penyediaan penyata kewangan, pengendalian audit cukai dan analisis kewangan. Kami memastikan rekod kewangan anda disusun rapi dan mematuhi piawaian MIA.
Pengurusan Zakat
Membantu individu dan perniagaan mengira dan menguruskan pembayaran zakat termasuk zakat pendapatan, zakat perniagaan, dan zakat harta. Kami bekerjasama dengan PPZ bagi memastikan tanggungjawab zakat anda diselesaikan dengan lancar.
Pening Kepala Dengan Cukai?
Abah Cukai Ada Jalannya!
Berhadapan masalah dengan pematuhan cukai atau audit? Pasukan pakar kami sedia membantu anda mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Berpengalaman dan bertauliah, kami akan memastikan urusan cukai anda diuruskan dengan sempurna.








