Tentang
Abah Cukai

Latar Belakang

  • Amirul Radzuan merupakan Pengarah Abah Cukai Sdn. Bhd. serta seorang ejen cukai yang berkelayakan dan diberi kuasa di bawah Seksyen 153(3), Akta Cukai Pendapatan 1967. Beliau juga merupakan profesional yang berlesen, bertauliah serta diperakui oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
  • Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diperoleh pada tahun 2007, sebelum melanjutkan pengajian dan menamatkan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Open University Malaysia (OUM) pada tahun 2012.
    Dengan pengalaman yang luas dalam bidang percukaian menerusi pelbagai firma perkhidmatan profesional, kepakaran beliau merangkumi pematuhan cukai, audit cukai dan siasatan cukai

Pasukan Profesional Kami

Abah Cukai disokong oleh pasukan yang mempunyai latar belakang akademik dan pengalaman kerja dalam bidang percukaian, perakaunan serta bidang profesional berkaitan. Setiap ahli pasukan memainkan peranan dalam memastikan urusan dikendalikan secara profesional.

Pencapaian Kami

750+

Pelanggan Berpuas Hati

280+

Kes Audit Cukai Selesai

100+

Kes Siasatan & Penyata Modal Selesai

20+

Dokumen Pindahan Harga Disediakan


Lokasi Kami

32B, Jalan Pandan Indah 1/23C, Jalan Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur

Pening Kepala Dengan Cukai?
Abah Cukai Ada Jalannya!

Berhadapan dengan masalah pematuhan cukai atau audit? Kami sedia membantu anda mendapatkan penyelesaian yang bersesuaian. Dengan pengalaman dan kepakaran dalam bidang percukaian, kami komited untuk membantu menguruskan urusan cukai anda secara profesional dan teratur.